icon english Versi English | Versi Bahasa 

     
Hanya Harisons

PRODUK & PERKHIDMATAN
Klik Menu Bar
 
 
 
Utama > Perihal Harisons


Harisons adalah kedai khusus dalam penjualan fabrik, yang menawarkan pelbagai jenis fabrik untuk baju, fabrik untuk perhiasan, dan fabrik hiasan dalaman rumah. Fabrik-fabrik ini didatangkan khas dari seluruh tempat di serata dunia, termasuklah fabrik dari tempatan.
 
Harisons mula dibentuk pada bulan Julai 1996. Kedai Harisons yang pertama mula beroperasi pada 8 Disember 1997 di 165 – 169, Jalan TAR Kuala Lumpur dan mempunyai 4 tingkat.
 
Operasi harian diuruskan secara profesional dengan menggunakan peringkat tertinggi dalam teknologi komputer. Operasi ini telah dikomputerkan sepenuhnya di bahagian pentadbiran dan disambungkan kepada sistem jualan runcit Point-of-Sales (POS). Server pusat yang utama telah disambungkan ke semua server di dalam kedai bertujuan untuk menyokong semua fungsi sistem yang saling berkaitan.
 
Harisons mengutamakan kualiti untuk para pelanggannya dan hanya menempah produk dari kilang gred “A” sahaja. Pihak pengurusan sentiasa bekerjasama dengan staf jualan dalam memilih corak fabrik yang terkini dan berkualiti. Produk Harisons ditempah khas dari kilang pembuatan fabrik tertentu untuk memastikan coraknya bagus dan warnanya dapat dipadankan dengan gaya masa kini serta memenuhi keperluan semua peringkat pelanggan.
 
Harisons juga menyediakan label bagi setiap produk, untuk menyatakan deskripsi, lebar dan warna supaya pelanggan boleh memahami produk tersebut dengan lebih terperinci. Selain itu, Harisons juga mengkategorikan setiap produk dan tawaran bagi memudahkan pelanggannya membuat pilihan. Harga yang ditawarkan adalah begitu kompetitif dan berpatutan sepadan dengan kualiti produk yang begitu tinggi.

Bagi menyediakan kemudahan membeli belah yang moden dan terkini untuk para pelanggannya, Harisons telah diubahsuai semula pada tahun 2005. Kini Harisons mempunyai 6 tingkat yang terdiri daripada beberapa bahagian yang berlainan. Setiap tingkat menyediakan pilihan fabrik yang sangat lengkap. Kedai tersebut telah dirasmikan dan dibuka pada tahun 2007.

Koleksi fabrik Harisons merupakan antara yang terbesar dan pelbagai di Malaysia. Kepelbagaiannya memberi peluang kepada pelanggan dalam membuat pilihan produk terbaik dan seterusnya merealisasikan impian mereka.